SEJARAH RINGKAS PIKJ
Semuanya bermula dengan penglibatan BGC (Bangsar Gospel Centre) dalam pelayanan Orang Asli pada tahun 1998, di mana BGC telah di beri tanggungjawab untuk menjaga gereja Orang Asli di Batu 6, Tapah. Dengan penglibatan dalam pelayanan ini, sebahagian daripada ahli mulai mempunyai beban untuk mengadakan persekutuan dengan OA dan juga orang-orang Malaysia Timur yang datang merantau untuk bekerja di Semananjung Malaysia terutama di Giant Kelana Jaya dan TMC Bangsar.
Bersama-sama dengan Douglas dan Ruby Mowe, yang pada masa itu merupakan kakitangan TMC, disertai dengan sokongan daripada para pemimpin BGC, pelayanan BM (lebih tepat kalau di kenali sebagai Pelayanan Orang-orang Malaysia Timur) telah dimulai. Perjumpaan-perjumpaan diadakan pada setiap malam Rabu di BGC. Satu keunikan dalam persekutuan ini, ianya bermula pada pukul 10.30 malam dan berakhir pada awal pagi hari berikutnya iaitu kira-kira pada pukul 1.30 pagi.
Jumlah jemaat yang sering menghadiri kebaktian ini adalah sekitar 30 orang. Pastor Alfred (dan kadang kala Pastor Kenny) dari gereja SIB (Sidang Injil Borneo) adalah pengkhotbah yang biasa dijemput untuk berkongsi Firman Tuhan pada setiap kali perjumpaan pada hari Rabu.
Terdapat ramai ahli-ahli gereja yang terlibat dalam perjumpaan malam Rabu di BGC ini dan kebanyakkan mereka terlibat dalam penyediaan makanan, pembersihan dan juga mengangkut jemaat dari Kelana Jaya ke Bangsar dan kemudian dari Bangsar kembali ke Kelana Jaya. Antara mereka yang sering menyumbangkan tenaga dalam pelayanan ini adalah seperti Rosie Cheah, Annie Low, Micheal Yong, Wai Leng, Dennis Lee, Jesse Oh, Lee Horng, Lim Sun dan Ng Chien Seng. Biasanya mereka ini tidak akan balik hingga pukul 2.00 pagi.
Tidak lama selepas itu, iaitu dalam bulan Oktober 1998, perjumpaan yang sama dimulai untuk para pekerja Giant di USJ. Perjumpaan bagi kumpulan ini diadakan di Subang Jaya Gospel Centre (SJGC) di SS15 Subang Jaya dan dibimbing oleh Dennis Lee, Jesse Oh, Lee Horng dan Andrew Chee.
Memandangkan pertumbuhan jemaat yang menggalakkan di Kelana Jaya, dan kemudiannya diikuti oleh pembaptisan di kalangan ahli-ahli, para pemimpin di BGC melihat bahawa adanya keperluan untuk menubuhkan sebuah gereja di Kelana Jaya – kerana kebanyakkan ahli adalah dari Kelana Jaya. Maka pada 7 Oktober 2001, Kebaktian Perjamuan Kudus (Kebaktian Ahad) pertama telah diadakan di satu premis yang disewa khas untuk dijadikan gereja. Hal ini telah menandakan penglibatan Kaum Muda BGC dalam usaha mereka untuk meluaskan pelayanan BGC.
SUSUNAN PERISTIWA-PERISTIWA
Jun 1998 – Persekutuan dengan OA dan Orang-orang Malaysia Timur yang bekerja di Giant Kelana Jaya dan TMC di mulai.
Okt. 1998 – Persekutuan dengan OA dan Orang-orang Malaysia Timur yang bekerja di Giant USJ dimulai.
Dis 1999 – ‘Retreat’ pertama di Cameron Highland . (Pengkhotbah: N.Sinnappan)
Feb 2001 – Pembaptisan kumpulan pertama yang melibatkan jemaat dari persekutuan dari Kelana Jaya dan Subang Jaya di adakan di Life Chapel, PJ
7 Okt 2001 – Kebaktian Ahad (Kebaktian Perjamuan Kudus) yang pertama di Kelana Jaya. -: bermula pada pukul 7.00 pagi, pengkhotbah; N.Thiran.
Ogos 2002 – Masa kebaktian diubah dari pukul 7.00 pagi kepada 9.00 pagi.
(Juga kali pertama kesaksian diadakan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
7 Sept 2002 – Perjumpaan Persekutuan Pemuda-Pemudi (PPP) yang pertama.
6 Okt 2002 – Kebaktian Ucapan Syukur untuk Ulang Tahun pertama PIKJ.
Other Articles